Penghargaan
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinngi penghargaan dan terima kasih kepada Mr.Tan Kah Teik dan Mr.Thomas Bang kerana membenarkan saya dan rakan-rakan melawat Kilang Daily’s untuk melengkapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2012.
Selain itu, saya ingin megucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Salleha Bt Abdul Kahar,pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mount Austin kerana memberi kami surat kebenaran untuk memudahkan kami membuat lawatan ke tempat kajian.Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah tingkatan 3,Cik Hidayah Bohani kerana memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang saya mejalankan kerja kursus ini.
Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya atas galakan, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya dalam pelbagai bentuk termasuklah bantuan kewangan yang saya perlukan sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini.
Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan saya iaitu Nurhanina,Nurfarahana,Siti Nurhumairah,Ezza Izzatul Najihah,Yashni,Natasha Izzaty dan Nurul Alya yang turut membantu dan berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka semua, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini.
No comments:
Post a Comment